Peristiwa kelas Bahasa Melayu ini, sememangnya aku tidak boleh lupa hingga bila-bila. Kelas ini lah satu-satu kelas yang sesungguhnya memberikan penangan hebat kepada aku dalam menguji sebagus mana kemahiran berbahasa Melayu aku pada ketika itu.
Kelas ini mengambil tempat semasa aku di Tingkatan Dua. Aku masih ingat lagi guru yang mengajar ketika itu iaitu Cikgu Balkis, seorang graduan Guru Pendidikan dari Universiti Malaya. Pada masa itu, Cikgu Balkis adalah seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah aku. Kami anak-anak murid seperti biasa tidak sabar-sabar hendak mengetahui sejauh mana kehebatan cikgu baru yang seorang ini.
Memang tidak dapat dinafikan lagi, Cikgu Balkis memang mantap dalam mengajar Bahasa Melayu. Gaya pengajarannya lebih berkonsepkan perbincangan dan penghasilan peta-peta minda. Sememangnya menarik dan lain daripada pengajaran guru-guru 'old skool' yang lain di sekolah itu. Tapi sehebat-hebat Cikgu Balkis ini, ada jugak seperkara yang aku kurang berkenan dengan gaya tersendirinya itu. Cikgu ini apabila bersuara memang lantang, apabila memberikan nasihat memangla pedas dan begitu kritis. Apa-apa pun, aku paham niat beliau berbuat demikian. Mungkin begitula juga cara beliau memberi semangat kepada anak-anak muridnya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai Bahasa Melayu.
Beliau juga memang cukup prihatin dengan tahap kemajuan para pelajar. Kalau boleh markah paling rendah yang boleh dicapai oleh semua orang adalah sekadar B sahaja. Almaklum la pada ketika itu, aku duduk di kelas pertama, jadi seperti biasa semua guru mengharapkan keputusan yang hebat-hebat dari kami semua.
Hendak dibuatkan cerita, tahap penguasaan Bahasa Melayu aku pada masa itu boleh dikategorikan sebagai lemah. Ini adalah gara-gara kerana aku masuk ke Tingkatan 1 pada tahun sebelumnya agak lewat iaitu selepas pertengahan semester pendidikan. Oleh sebab itu, aku memang banyak tertinggal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Masuk sahaja di Tingkatan 2, pembelajaran Bahasa Melayu bertambah sukar dan rumit. Banyak format-format baru yang perlu aku pelajari. Aku memang lemah apabila tiba bahagian tatabahasa dan prosa klasik. Kalau Bahasa Melayu biasa pun aku sudah terkapai-kapai mahu mengenalinya, apatah lagi Bahasa Melayu Klasik.
Pada ujian semester yang pertama, ujian Bahasa Melayu memang sukar sekali buat aku. Aku tidak tahula dengan pelajar-pelajar lain, tapi yang pasti, ujian tersebut memang teramat sukar dan tidak seorang pun di dalam kelas yang mendapat A. Paling ramai mendapat dalam 70 lebih. Perkara yang paling memalukan adalah apabila keputusan aku tercatat sebagai yang paling rendah di dalam kelas. Aku sekadar mendapat 59 markah. Markah aku jauh lebih teruk daripada markah pelajar paling lemah iaitu Barathi ketika itu. Tidak cukup dengan kehampaan aku kerana memiliki markah paling corot, Cikgu Balkis pula dengan penuh semangatnya menghentam aku dengan kata-kata yang mematahkan semangat aku untuk lebih menguasai Bahasa Melayu. Kata-katanya memang pedas dan memalukan aku di seluruh kelas. Aku tidak tahulah kalau budak-budak di dalam kelas perasan yang Cikgu Balkis tidak sudah-sudah memperli aku dengan markah yang aku perolehi.
Aku dengan machonya, seperti biasa tidak suka menunjukkan perasaan sedih aku di khalayak ramai. Sepulangan di rumah, aku ingat lagi aku menangis sepuas-puasnya. Aku hampa dengan sikap cikgu aku yang sedemikian. Aku mengharapkan kata-kata semangat daripadanya yang lebih arif tetapi semua itu hanya mimpi sahaja. Oleh yang demikian, aku memang tercabar dengan kata-kata Cikgu Balkis. Pada tahun itu, aku memang nekad untuk belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh dan membuktikan kepadanya bahawa aku ni bukan pelajar yang lemah. Perasaan aku memang membuak-buak, panas hati apabila tercabar.
Akhirnya, ujian semester kedua bermula. Setelah gigih berusaha membuat latihan sendiri di rumah dan bermacam-macam lagi, aku lulus cemerlang dalam ujian Bahasa Melayu untuk semester itu. Seperti biasa, ujian kali ini, tidak jauh berbeza sukarnya seperti ujian yang terdahulu. Aku ingat lagi, aku memperolehi markah yang paling tinggi di dalam kelas. Aku mendapat 81 markah. Hanya beberapa orang sahaja yang memperolehi A pada masa itu. Sah-sahla, Cikgu Balkis pada masa itu, memang terlalu tinggi standardnya daripada kami. Pemberian markah memangla tidak mudah. Kedekut markah begitu.
Pencapaian aku sebagai pelajar yang memperolehi markah paling tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amat membanggakan pada masa itu. Aku akhirnya telah berjaya menangkis semua kata-kata Cikgu Balkis yang telah mematahkan semangat aku pada masa itu. Tetapi aku tidak tahu kenapa, setelah aku memperolehi keputusan yang cemerlang tersebut, tidak terlintas langsung di dalam dirinya untuk mengucapkan tahniah kepada aku. Terkilan sejenak aku dibuatnya. Itulah aku anggapkan sebagai ego seorang guru yang enggan mengaku bersalah atas sikapnya. Sikap mengata murid seteruk-teruknya dan jauh sekali mahu memohon maaf atas kesalahannya.
Aku pikir pada umur semuda 14 tahun, aku jauh berperwatakan lebih matang daripada guru aku itu. Sekurang-kurangnya, pada umur itu aku sudah tahu bagaimana untuk berusaha bersungguh-sunguh tanpa mengharapkan apa-apa daripada orang lain. Aku juga telah tahu bahawa kadang-kadang tidak semua orang tua tahu bersikap seperti orang tua. Ada ketikanya, mereka perlu belajar cara menghormati orang lain daripada orang yang lebih muda daripada mereka. Aku tidak kisah langsung, sekiranya Cikgu Balkis enggan mengucapkan sepatah kata "Tahniah" kepada aku kerana pada aku, aku telah berjaya membuktikan kepadanya aku ini bukanlah calang-calang orang yang senang-senang sahaja hendak diperkotak-katikkan apatah lagi direndah-rendahkan.
Kesimpulannya, aku bangga dengan diri aku dan pencapaian aku pada ketika aku. Aku berharap beliau telah tersentak sejenak dan menyesal atas kata-katanya dahulu.
Begitulah susahnya aku mempelajari Bahasa Melayu semasa di zaman persekolahan dahulu. Mungkin atas sebab perisitiwa yang telah diceritakan inilah yang menyebabkan aku buat masa ini lebih selesa untuk berbahasa Inggeris ketika bertutur dan menulis. Tetapi itu tidak bererti aku telah melupakan bahasa ibunda aku ini. Sesungguhnya aku tidak akan lupa asal usul aku ini.
wah,sungguh sadis perjalanan ko menuntut ilmu bhs melayu nih...sob sob..Tapi aku pn bengang dpt cikgu yg ngutuk anak murid nih.
ReplyDeleteAdik aku skang ni mengalamai masalah tu. Dia tak pndai math, tp cikgu tu dok ngata2. Tp adik aku ni pn satu...kalo aku cikgu tu dh ngata lg usaha la, ni dia tak,sabo je laa..huhu
hmm..aku rasa adik ko tu memang dah tak amik kisah dah ngan subjek math tu apa lagi ngan cikgu tu.itula, cikgu kena pandai mainkan peranan masing2. Bukan mudah jadi cikgu ni. Setiap tutur kata kita sentiasa dipertimbangkan oleh murid2.Pengalaman aku mengajar selama sebulan pun sudah cukup menguji kesabaran aku sebagai cikgu dan tugas guru tu sebenarnya jauh lebih besar dari mengajar ilmu.Sebab itu guru dipanggil sebagai pendidik.Kalo kita kaji maksud pendidik tu sebenarnya amat luas. Mendidik tu merangkumi segala aspek, ilmu, sikap,moral,kemahiran,tatacara kehidupan dan banyak lagi.Itula, kalau nak jadi cikgu kena ingat, tugasnya berat dan kena ikhlas bila nak membimbing dan mendidik orang. Kitalah contoh dan tata tertib kita mesti selalu dijaga.;)
ReplyDeleteWAH! penulisan yang begitu cemerlang. aku rasa aku tak mampu tulis begitu, sbb aku dah tercemar dengan bahasa pasar. kisahku sedikit berbeza darimu kerana cikgu bahasa melayu ku di tingkatan3 adalah cikgu yg paling ku gemari. pernah, aku terkeluar tajuk, tapi aku tetap dapat markah paling tinggi. oh cikgu sabariah. i love you!
ReplyDeleteayat dibawah didalam eseimu buat aku tergelak-->
Kedekut markah begitu.
ha ha ha
Zue: Hehehe..Terima kasih terima kasih.
ReplyDeleteAla aku tau BM ko pun ape kurangnye, sentiasa berbahasa baku ye tak...yela ayat2 ko kan berasaskan Bahasa Melayu Baku KOMIK!! Yezzaa.....;)