Pages

Friday, August 25, 2006

Edisi Bahasa Melayu!!

Bersempenakan bulan Kemerdekaan ini, aku nak ambil kesempatan dekat blog ni untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Yang pasti Bahasa Melayu aku ni, takdela baku. Kalau terlalu baku, terserlah la pulak ke'skemaan' aku nanti. Haha.

Korang mesti nak tau ape kehal la aku ni tetiba la pulak nak menulis dalam BM. Aku tahu inilah kali pertama aku menulis dalam Bahasa Melayu di blog. Mungkin disebabkan bulan lapan ni bulan kemerdekaan kita sebab tulah aku ter'semangat' sikit nak menulis dalam BM. Apa-apa pun, menulis dalam BM ker atau BI ker bukanla isu yang nak sangat aku bangkitkan kat sini. Sekadar dapat meluahkan rintihan hati aku ni dalam BM pun memang dah cukup 'bagus bangat' gitu. Sekurang-kurangnya, mungkin ini lah cara aku untuk menunjukkan semangat patriotik aku dekat negara kita ni , Malaysia.

Bercakap pasal patriotik, aku ni haram pun tak letak bendera dekat kereta aku. Aku pikir, buat 'somak' jer gantung-gantung bendera kat kereta. Itu pendapat aku la. Berbalik kepada al-kisah kereta. Ha...ada berita hangat la sangat sampai membuak-buak hati aku ni nak luahkan kat para pembaca aku yang tercinta ni. Hehehe.

Begini al kisahnya...

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, warga kota terutamanya di Kuala Lumpur, sejak akhir-akhir ni selalu sahaja mengalami hujan kilat dan sahaja pukul nak balik kerja. Hujan tu mak ai...lebat la teramat. Bersyukur aja la kan hujan lebat sebab sekurang-kurangnya takdela teruk sangat jerebu kat KL ni. Tapi ada jugak kekurangan dan masalah lain yang timbul dek hujan ni. Masalah utama ialah kesesakan lalu lintas tahap memang kereta tak bergerak langsung sampai berjam-jam. Tapi memanglah begitu lumrah kehidupan di kota. Memang seronok dan kemudahan serba lengkap tinggal di kota, tapi penangannya adalah 'trafik jam' yang teramatlah 'jam'. Aku pun tak retilah camne nak ceritakan tahap kesesakannya. Hmmm...aku rasa, warga kota rata-rata dah lali la dengan masalah kesesakan lalu lintas ni. Bukan isu baru lah kan. Tapi ada satu jer masalah besar kalau bercakap pasal traffic jam ni.

Masalahnye kereta yang aku bawak sekarang ni memangla suka buat 'paria' dan dan jer jam. Macam situasi petang tadi. Korang semua bayangkanlah yer...Jangka masa aku ambil untuk balik ke rumah mengambil 1jam setengah. Kalau hari biasa paling teruk pun aku sampai rumah selepas 20 minit. Okay, takpe, sebab hari ni banyak tempat yang banjir jadi terpaksala sampai lewat kat umah. Yang masalah nyer, kereta aku yang tersayang ni, asyik jer nak mampus bile aku tekan brek. Yela, dah nama pun jam, kenala asyik2 brek kereta kan. Pastu lagi satu bangangnye kereta tu, kalau aku bukak air-con sure dia dah mula buat terketaq-ketaq, alih-alih nak mampus. Jadi untuk elakkan keadaan dari lebih teruk, aku pun takdela bukak aircon tadi. Mula-mula aku tak kisah la tak bukak aircon, yela tadi hujan lebat, sejuk la jugak.

Tapi...

Sebab aku tak bukak aircon, kereta tu dah naik berkuap dan aku dah tak nampak apa. Nasibla aku ada spare kain buruk dalam kereta, kiranya sambil-sambil kereta tak bergerak tu, aku mengelap-ngelapla bahagian dalam cermin kereta. Tapi kerap jugakler nak mengelapnye. Ade satu ketika tu, aku nak ciluk ke kiri. Aduh!! Cermin kat tempat duduk sebelah aku tu, berkuap sakan punya. Memang aku tak nampak apa. Nasibla kereta belakang tu bukak lampu. Celik la sikit. Alih2 aku kena horn. Ha, takpe aku tak langgar orang pun. Pastu aku rase, maula berpuluh minit gak aku tersekat kat depan Ampang Park tuh. Kereta aku pun dah mula la buat angin nak mampus dia. Jadi, penyelesaiannye, setiap kali aku nak berhenti, aku kena tukar gear ke N cepat2 dan tekan brek skit, pastu minyak kena tekan jugak. Sambil-sambil tu, aku kena duk mengelap tingkap kereta aku dan yang pasti aku dah berpeluh tahap dewa dah dalam kereta tu. Paham-paham jela aku ni ade masalah metabolisma tinggi, kalo bab berpeluh tu, memangla aku ni nombor satu. Aduh. Sedih aku sorang-sorang macam tu dalam kereta.

Nasibla ada radio. Lagu pulak ntah ape2. Bongok betul. Alih-alih aku duk bermain sms dengan kakak aku. Dia pun duk tensen stuck dekat tempat customer. Kerja tak siap-siap lagik maula balik pukul 9 mlm kot. Ape-ape pun, sekurang-kurangnye, dia takdela stuck dekat jam.

Pastu, aku ingat aku dah berjaya la mencilukkan kereta tu ikut jalan shortcut. Aku main redah jer jalan tu, ikut kereta depan. Nasib tak sesat. Memang cepat ikut jalan tu. Aku pun confident dan agak legalah dah nak dekat sangat sampai umah. Tapi....kereta tu akhirnya mati mase aku stop dekat junction nak belok kiri. Tu gara2 ade 2 biji motor yang bawak slow sangat. Ade kot aku cube start enjin 2 kali sambil tekan tekan minyak. Nasibla takde kereta kat belakang, takdela panik sangat aku ni. Pastu vroom..jalan jugak.Alhamdulillah. Pastu aku sampai kat roundabout.Aduh. Kereta semua tak gerak. Aku dah takleh brek dah ni, kalo idak sure kereta mampus punye. Jadi...

Aku dengan hebatnya, menciluk kereta gedabak tu, dan nasibla abang lori tu bagi aku ciluk gak. Haram aku tak angkat tangan pun tanda terima kasih. Yela, aku nak main tukar gear lagi, nak lap tingkap lagi, nak lap peluh lagi. Aduh , tersiksa sungguh aku bawak kereta tu. Akhirnya, lepas 1 jam 30 minit, aku sampai gak dekat umah. Sampai jer kat umah, umah aku gelap. Takde sape kat umah malam ni. Aku ingat nak singgahla Mcd ker atau kedai makan lain sebelum balik, tapi sebab kereta tu meragam semacam aku makan maggie pan mee jela malam ni. Nak masak pulak boleh jer, tapi aku takde masalah nak tetak ayam keras dari peti ais tu. Cukup la semalam aku main karate ayam tu sambil bubuh air panas skit, konon 2 dapatla aku potong ayam tu. Aku taktauler, peti ais kat umah ni pun memang la paria gak. Kalau dah beku tu, beku macam batu, tapi kalau dah defrost, air dia duk bertakung sampai busuk la pulak satu umah.

Hai...semua bende pun tak betul. Kalau korang nak tau, aku ni duk menaip dalam gelap. Alasannye, dah lama dah short circuit lampu2 kat ruang tamu ni. Ade kot cecah sebulan, haram takde sape pun yang hingin nak suruh management repair. Padan mukela duduk la dalam gelap. Hmm..kesimpulan pasal kereta, aku taktaula ape nak komen. Kalo aku tak bawak keta pi kelas, aku kena naik feeder bas, putra,star dan kuar umah kul 7.45pagi hari2. Kalo nak tukar kereta lain, takkan la aku suka-suka hati nak tukar kereta. Tu bukan kereta aku pun. Aku sekadar guna jer. Aku nak beli kereta aku sendiri, ade jer orang tak setuju. Angin jugak aku mase dulu bile ape aku nak aku tak dapat. Walaupun, aku duk hint2 kat orang-orang berkenaan yang kereta aku pakai sekarang tu memang hampes tahap cipan, depa memang la takmo nak tukar kereta tu. Alasan depa suh pakai kereta VW yang guna gear manual dan tu pun cipan jugak sebab terlalu old skool untuk aku.

Ntahler. Lantakla derang taknak tukar kereta. Bukan masalah aku pun kan. Ntahler, mungkin lepas ni aku naik jela bas dan lrt tu. Takyah la harapkan kereta orang. Tunggula aku bergaji nanti, sah-sah aku beli kereta kecil yang sesuai ngan saiz aku dan very convenient for me. Naik public transport jela aku lepas ni. Habis cerita.

Eh...luahan hati tak habis lagi ni.Hehe..Lagi satu la aku tak puas hati, aku tak paham la macam mana 2 orang boleh memiliki sampai 6 biji kereta. Tapi kalo enam-enam biji tu, semua kereta hebat2 aku tak kisah, ni setiap satu, kereta yang susah orang nak pakai. Pastu nak paksa2 orang pakai lak tu. Aduh!! Aku tak paham2222. Kalo cakap laser2 kang, dah kena label kuang ajar la pulak. Alih2, aku rasa, cara terbaik, boikot la.Jangan pakai satu pun kereta derang. Gunalah perkhidmatan awam yang selesa lagi berhimpit2 tetapi murah dan kekadang penuh sampai terbersut. Yay!!

5 comments:

  1. Korang! Kalo nak komen, komen dalam BM yer!! Mekasih ;)

    dan Dayah..aku paling tertunggu2 komen dari hang ni. Al maklumla, hang kan bakal menjadi cikgu. Sila2 la komen yer, Cikgu Dayah!

    ReplyDelete
  2. ha,aku mmg nak komen pun ni :p ko nak suh aku komen gaya adlin aman ramli ke gaya roslan aziz ke gaya paul moss ke gaya cik mat pot? :p

    Weh best ar ko nulis dlm bm..smoooooooooooooooooooooooooooth je aku baca,hehe. baru sonot aku nk baca. Ko mmg best la nulis blog,happening, siriyes.

    Aku dpt bygkan keadaan ko dlm kejadian yg menimpa ko tu :P kesimpulannya mintak2 la aku tak keje kt kl,ehe

    ReplyDelete
  3. ayat terakhir..terbesut tu maknanya apa? :S
    kalo aku kan, aku boikot kenderaan hampeh tuh. gaponya tersiksa camtu. aku agak kagum la ang boleh tahan penderitaan dalam jem dgn kereta tu.. aku tak sanggup. betoi aku cakap. mau aku nagis dlm keta tu, kalo tak dak kenderaan baik sendirian atau awam, mmg sahih aku tak p kelas kalo kena naik keta tu.

    ReplyDelete
  4. Dayah: Terima Kasih atas komen awak yang bernas dan memberangsangkan itu. Saya memang terharu. Saya tak bajet pun awak nak beri komen gaya2 adlin, roslan atau paul. Awak kan ada gaya tersendiri, gaya Cik Dayah la yang saya mahu pun ;).
    * alamak. Skema gile bahasa aku. Haha

    Zue:
    Woi hang terbesut pun hang tak tau ka?Apa dia la orang penang ni...ala terbersut..terkeluaq-kluaq la maksudnya,penuh sangat.Nak habaq stai Penang kot menulih ni susah skit. Kesimpulannya, aku rase aku akan cuba naik public start minggu depan.Enie pun setuju aku boikot kereta mak pak aku tu...hahaha.

    Zue,aku ni tabah orangnye.Hahaha Perasan nak mampus.Takdela perasaan nak nangis pun bile kete tu wat jahanam cam tu.Tp aku duk doala soang2 bagi aku sampai umah ngan selamat. Biasala kita ni idup soang2,kenala pandai jaga diri sendiri dan tak mengharap kat orang sangat.Insya Allah boleh gitu!!!;)

    ReplyDelete
  5. jomla naik keter i!!! hahahahahahha

    ReplyDelete