Pages

Thursday, August 31, 2006

Merdeka!!!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

*Dengan ini saya mengisytiharkan Edisi Bahasa Melayu tamat buat masa ini. Sebenarnya ada banyak yang ingin saya ujarkan atau banyak isu-isu yang ingin dikupaskan, tetapi sebab saya ini agak 'buat-buat' sibuk dengan kerja-kerja programming saya, masa memang tidak mengizinkan. Kalau ada rezeki mungkin Edisi Bahasa Melayu akan diteruskan sekali-sekala. Sekian!

Saturday, August 26, 2006

Kelas Bahasa Melayu.

Peristiwa kelas Bahasa Melayu ini, sememangnya aku tidak boleh lupa hingga bila-bila. Kelas ini lah satu-satu kelas yang sesungguhnya memberikan penangan hebat kepada aku dalam menguji sebagus mana kemahiran berbahasa Melayu aku pada ketika itu.

Kelas ini mengambil tempat semasa aku di Tingkatan Dua. Aku masih ingat lagi guru yang mengajar ketika itu iaitu Cikgu Balkis, seorang graduan Guru Pendidikan dari Universiti Malaya. Pada masa itu, Cikgu Balkis adalah seorang guru Bahasa Melayu yang baru di sekolah aku. Kami anak-anak murid seperti biasa tidak sabar-sabar hendak mengetahui sejauh mana kehebatan cikgu baru yang seorang ini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, Cikgu Balkis memang mantap dalam mengajar Bahasa Melayu. Gaya pengajarannya lebih berkonsepkan perbincangan dan penghasilan peta-peta minda. Sememangnya menarik dan lain daripada pengajaran guru-guru 'old skool' yang lain di sekolah itu. Tapi sehebat-hebat Cikgu Balkis ini, ada jugak seperkara yang aku kurang berkenan dengan gaya tersendirinya itu. Cikgu ini apabila bersuara memang lantang, apabila memberikan nasihat memangla pedas dan begitu kritis. Apa-apa pun, aku paham niat beliau berbuat demikian. Mungkin begitula juga cara beliau memberi semangat kepada anak-anak muridnya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai Bahasa Melayu.

Beliau juga memang cukup prihatin dengan tahap kemajuan para pelajar. Kalau boleh markah paling rendah yang boleh dicapai oleh semua orang adalah sekadar B sahaja. Almaklum la pada ketika itu, aku duduk di kelas pertama, jadi seperti biasa semua guru mengharapkan keputusan yang hebat-hebat dari kami semua.

Hendak dibuatkan cerita, tahap penguasaan Bahasa Melayu aku pada masa itu boleh dikategorikan sebagai lemah. Ini adalah gara-gara kerana aku masuk ke Tingkatan 1 pada tahun sebelumnya agak lewat iaitu selepas pertengahan semester pendidikan. Oleh sebab itu, aku memang banyak tertinggal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Masuk sahaja di Tingkatan 2, pembelajaran Bahasa Melayu bertambah sukar dan rumit. Banyak format-format baru yang perlu aku pelajari. Aku memang lemah apabila tiba bahagian tatabahasa dan prosa klasik. Kalau Bahasa Melayu biasa pun aku sudah terkapai-kapai mahu mengenalinya, apatah lagi Bahasa Melayu Klasik.

Pada ujian semester yang pertama, ujian Bahasa Melayu memang sukar sekali buat aku. Aku tidak tahula dengan pelajar-pelajar lain, tapi yang pasti, ujian tersebut memang teramat sukar dan tidak seorang pun di dalam kelas yang mendapat A. Paling ramai mendapat dalam 70 lebih. Perkara yang paling memalukan adalah apabila keputusan aku tercatat sebagai yang paling rendah di dalam kelas. Aku sekadar mendapat 59 markah. Markah aku jauh lebih teruk daripada markah pelajar paling lemah iaitu Barathi ketika itu. Tidak cukup dengan kehampaan aku kerana memiliki markah paling corot, Cikgu Balkis pula dengan penuh semangatnya menghentam aku dengan kata-kata yang mematahkan semangat aku untuk lebih menguasai Bahasa Melayu. Kata-katanya memang pedas dan memalukan aku di seluruh kelas. Aku tidak tahulah kalau budak-budak di dalam kelas perasan yang Cikgu Balkis tidak sudah-sudah memperli aku dengan markah yang aku perolehi.

Aku dengan machonya, seperti biasa tidak suka menunjukkan perasaan sedih aku di khalayak ramai. Sepulangan di rumah, aku ingat lagi aku menangis sepuas-puasnya. Aku hampa dengan sikap cikgu aku yang sedemikian. Aku mengharapkan kata-kata semangat daripadanya yang lebih arif tetapi semua itu hanya mimpi sahaja. Oleh yang demikian, aku memang tercabar dengan kata-kata Cikgu Balkis. Pada tahun itu, aku memang nekad untuk belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh dan membuktikan kepadanya bahawa aku ni bukan pelajar yang lemah. Perasaan aku memang membuak-buak, panas hati apabila tercabar.

Akhirnya, ujian semester kedua bermula. Setelah gigih berusaha membuat latihan sendiri di rumah dan bermacam-macam lagi, aku lulus cemerlang dalam ujian Bahasa Melayu untuk semester itu. Seperti biasa, ujian kali ini, tidak jauh berbeza sukarnya seperti ujian yang terdahulu. Aku ingat lagi, aku memperolehi markah yang paling tinggi di dalam kelas. Aku mendapat 81 markah. Hanya beberapa orang sahaja yang memperolehi A pada masa itu. Sah-sahla, Cikgu Balkis pada masa itu, memang terlalu tinggi standardnya daripada kami. Pemberian markah memangla tidak mudah. Kedekut markah begitu.

Pencapaian aku sebagai pelajar yang memperolehi markah paling tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amat membanggakan pada masa itu. Aku akhirnya telah berjaya menangkis semua kata-kata Cikgu Balkis yang telah mematahkan semangat aku pada masa itu. Tetapi aku tidak tahu kenapa, setelah aku memperolehi keputusan yang cemerlang tersebut, tidak terlintas langsung di dalam dirinya untuk mengucapkan tahniah kepada aku. Terkilan sejenak aku dibuatnya. Itulah aku anggapkan sebagai ego seorang guru yang enggan mengaku bersalah atas sikapnya. Sikap mengata murid seteruk-teruknya dan jauh sekali mahu memohon maaf atas kesalahannya.

Aku pikir pada umur semuda 14 tahun, aku jauh berperwatakan lebih matang daripada guru aku itu. Sekurang-kurangnya, pada umur itu aku sudah tahu bagaimana untuk berusaha bersungguh-sunguh tanpa mengharapkan apa-apa daripada orang lain. Aku juga telah tahu bahawa kadang-kadang tidak semua orang tua tahu bersikap seperti orang tua. Ada ketikanya, mereka perlu belajar cara menghormati orang lain daripada orang yang lebih muda daripada mereka. Aku tidak kisah langsung, sekiranya Cikgu Balkis enggan mengucapkan sepatah kata "Tahniah" kepada aku kerana pada aku, aku telah berjaya membuktikan kepadanya aku ini bukanlah calang-calang orang yang senang-senang sahaja hendak diperkotak-katikkan apatah lagi direndah-rendahkan.

Kesimpulannya, aku bangga dengan diri aku dan pencapaian aku pada ketika aku. Aku berharap beliau telah tersentak sejenak dan menyesal atas kata-katanya dahulu.

Begitulah susahnya aku mempelajari Bahasa Melayu semasa di zaman persekolahan dahulu. Mungkin atas sebab perisitiwa yang telah diceritakan inilah yang menyebabkan aku buat masa ini lebih selesa untuk berbahasa Inggeris ketika bertutur dan menulis. Tetapi itu tidak bererti aku telah melupakan bahasa ibunda aku ini. Sesungguhnya aku tidak akan lupa asal usul aku ini.

Edisi Bahasa Melayu!!

Bersempenakan bulan Kemerdekaan ini, aku nak ambil kesempatan dekat blog ni untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Yang pasti Bahasa Melayu aku ni, takdela baku. Kalau terlalu baku, terserlah la pulak ke'skemaan' aku nanti. Haha.

Korang mesti nak tau ape kehal la aku ni tetiba la pulak nak menulis dalam BM. Aku tahu inilah kali pertama aku menulis dalam Bahasa Melayu di blog. Mungkin disebabkan bulan lapan ni bulan kemerdekaan kita sebab tulah aku ter'semangat' sikit nak menulis dalam BM. Apa-apa pun, menulis dalam BM ker atau BI ker bukanla isu yang nak sangat aku bangkitkan kat sini. Sekadar dapat meluahkan rintihan hati aku ni dalam BM pun memang dah cukup 'bagus bangat' gitu. Sekurang-kurangnya, mungkin ini lah cara aku untuk menunjukkan semangat patriotik aku dekat negara kita ni , Malaysia.

Bercakap pasal patriotik, aku ni haram pun tak letak bendera dekat kereta aku. Aku pikir, buat 'somak' jer gantung-gantung bendera kat kereta. Itu pendapat aku la. Berbalik kepada al-kisah kereta. Ha...ada berita hangat la sangat sampai membuak-buak hati aku ni nak luahkan kat para pembaca aku yang tercinta ni. Hehehe.

Begini al kisahnya...

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, warga kota terutamanya di Kuala Lumpur, sejak akhir-akhir ni selalu sahaja mengalami hujan kilat dan sahaja pukul nak balik kerja. Hujan tu mak ai...lebat la teramat. Bersyukur aja la kan hujan lebat sebab sekurang-kurangnya takdela teruk sangat jerebu kat KL ni. Tapi ada jugak kekurangan dan masalah lain yang timbul dek hujan ni. Masalah utama ialah kesesakan lalu lintas tahap memang kereta tak bergerak langsung sampai berjam-jam. Tapi memanglah begitu lumrah kehidupan di kota. Memang seronok dan kemudahan serba lengkap tinggal di kota, tapi penangannya adalah 'trafik jam' yang teramatlah 'jam'. Aku pun tak retilah camne nak ceritakan tahap kesesakannya. Hmmm...aku rasa, warga kota rata-rata dah lali la dengan masalah kesesakan lalu lintas ni. Bukan isu baru lah kan. Tapi ada satu jer masalah besar kalau bercakap pasal traffic jam ni.

Masalahnye kereta yang aku bawak sekarang ni memangla suka buat 'paria' dan dan jer jam. Macam situasi petang tadi. Korang semua bayangkanlah yer...Jangka masa aku ambil untuk balik ke rumah mengambil 1jam setengah. Kalau hari biasa paling teruk pun aku sampai rumah selepas 20 minit. Okay, takpe, sebab hari ni banyak tempat yang banjir jadi terpaksala sampai lewat kat umah. Yang masalah nyer, kereta aku yang tersayang ni, asyik jer nak mampus bile aku tekan brek. Yela, dah nama pun jam, kenala asyik2 brek kereta kan. Pastu lagi satu bangangnye kereta tu, kalau aku bukak air-con sure dia dah mula buat terketaq-ketaq, alih-alih nak mampus. Jadi untuk elakkan keadaan dari lebih teruk, aku pun takdela bukak aircon tadi. Mula-mula aku tak kisah la tak bukak aircon, yela tadi hujan lebat, sejuk la jugak.

Tapi...

Sebab aku tak bukak aircon, kereta tu dah naik berkuap dan aku dah tak nampak apa. Nasibla aku ada spare kain buruk dalam kereta, kiranya sambil-sambil kereta tak bergerak tu, aku mengelap-ngelapla bahagian dalam cermin kereta. Tapi kerap jugakler nak mengelapnye. Ade satu ketika tu, aku nak ciluk ke kiri. Aduh!! Cermin kat tempat duduk sebelah aku tu, berkuap sakan punya. Memang aku tak nampak apa. Nasibla kereta belakang tu bukak lampu. Celik la sikit. Alih2 aku kena horn. Ha, takpe aku tak langgar orang pun. Pastu aku rase, maula berpuluh minit gak aku tersekat kat depan Ampang Park tuh. Kereta aku pun dah mula la buat angin nak mampus dia. Jadi, penyelesaiannye, setiap kali aku nak berhenti, aku kena tukar gear ke N cepat2 dan tekan brek skit, pastu minyak kena tekan jugak. Sambil-sambil tu, aku kena duk mengelap tingkap kereta aku dan yang pasti aku dah berpeluh tahap dewa dah dalam kereta tu. Paham-paham jela aku ni ade masalah metabolisma tinggi, kalo bab berpeluh tu, memangla aku ni nombor satu. Aduh. Sedih aku sorang-sorang macam tu dalam kereta.

Nasibla ada radio. Lagu pulak ntah ape2. Bongok betul. Alih-alih aku duk bermain sms dengan kakak aku. Dia pun duk tensen stuck dekat tempat customer. Kerja tak siap-siap lagik maula balik pukul 9 mlm kot. Ape-ape pun, sekurang-kurangnye, dia takdela stuck dekat jam.

Pastu, aku ingat aku dah berjaya la mencilukkan kereta tu ikut jalan shortcut. Aku main redah jer jalan tu, ikut kereta depan. Nasib tak sesat. Memang cepat ikut jalan tu. Aku pun confident dan agak legalah dah nak dekat sangat sampai umah. Tapi....kereta tu akhirnya mati mase aku stop dekat junction nak belok kiri. Tu gara2 ade 2 biji motor yang bawak slow sangat. Ade kot aku cube start enjin 2 kali sambil tekan tekan minyak. Nasibla takde kereta kat belakang, takdela panik sangat aku ni. Pastu vroom..jalan jugak.Alhamdulillah. Pastu aku sampai kat roundabout.Aduh. Kereta semua tak gerak. Aku dah takleh brek dah ni, kalo idak sure kereta mampus punye. Jadi...

Aku dengan hebatnya, menciluk kereta gedabak tu, dan nasibla abang lori tu bagi aku ciluk gak. Haram aku tak angkat tangan pun tanda terima kasih. Yela, aku nak main tukar gear lagi, nak lap tingkap lagi, nak lap peluh lagi. Aduh , tersiksa sungguh aku bawak kereta tu. Akhirnya, lepas 1 jam 30 minit, aku sampai gak dekat umah. Sampai jer kat umah, umah aku gelap. Takde sape kat umah malam ni. Aku ingat nak singgahla Mcd ker atau kedai makan lain sebelum balik, tapi sebab kereta tu meragam semacam aku makan maggie pan mee jela malam ni. Nak masak pulak boleh jer, tapi aku takde masalah nak tetak ayam keras dari peti ais tu. Cukup la semalam aku main karate ayam tu sambil bubuh air panas skit, konon 2 dapatla aku potong ayam tu. Aku taktauler, peti ais kat umah ni pun memang la paria gak. Kalau dah beku tu, beku macam batu, tapi kalau dah defrost, air dia duk bertakung sampai busuk la pulak satu umah.

Hai...semua bende pun tak betul. Kalau korang nak tau, aku ni duk menaip dalam gelap. Alasannye, dah lama dah short circuit lampu2 kat ruang tamu ni. Ade kot cecah sebulan, haram takde sape pun yang hingin nak suruh management repair. Padan mukela duduk la dalam gelap. Hmm..kesimpulan pasal kereta, aku taktaula ape nak komen. Kalo aku tak bawak keta pi kelas, aku kena naik feeder bas, putra,star dan kuar umah kul 7.45pagi hari2. Kalo nak tukar kereta lain, takkan la aku suka-suka hati nak tukar kereta. Tu bukan kereta aku pun. Aku sekadar guna jer. Aku nak beli kereta aku sendiri, ade jer orang tak setuju. Angin jugak aku mase dulu bile ape aku nak aku tak dapat. Walaupun, aku duk hint2 kat orang-orang berkenaan yang kereta aku pakai sekarang tu memang hampes tahap cipan, depa memang la takmo nak tukar kereta tu. Alasan depa suh pakai kereta VW yang guna gear manual dan tu pun cipan jugak sebab terlalu old skool untuk aku.

Ntahler. Lantakla derang taknak tukar kereta. Bukan masalah aku pun kan. Ntahler, mungkin lepas ni aku naik jela bas dan lrt tu. Takyah la harapkan kereta orang. Tunggula aku bergaji nanti, sah-sah aku beli kereta kecil yang sesuai ngan saiz aku dan very convenient for me. Naik public transport jela aku lepas ni. Habis cerita.

Eh...luahan hati tak habis lagi ni.Hehe..Lagi satu la aku tak puas hati, aku tak paham la macam mana 2 orang boleh memiliki sampai 6 biji kereta. Tapi kalo enam-enam biji tu, semua kereta hebat2 aku tak kisah, ni setiap satu, kereta yang susah orang nak pakai. Pastu nak paksa2 orang pakai lak tu. Aduh!! Aku tak paham2222. Kalo cakap laser2 kang, dah kena label kuang ajar la pulak. Alih2, aku rasa, cara terbaik, boikot la.Jangan pakai satu pun kereta derang. Gunalah perkhidmatan awam yang selesa lagi berhimpit2 tetapi murah dan kekadang penuh sampai terbersut. Yay!!

Friday, August 25, 2006